Langkau ke kandungan
Utama Dasar Privasi

Dasar Privasi

Laman ini menjanjikan kerahsiaan. Di sini kami terangkan dengan jelas apa yang kami simpan, kenapa, dan apa hak anda.

Data yang kami kumpul

Apabila anda menghantar borang, kami merekodkan:

  • Nama penuh dan nama syarikat (jika diisi)
  • No. WhatsApp
  • Isu cukai utama dan butiran ringkas yang anda tulis
  • Halaman borang dihantar, pautan rujukan, dan parameter kempen (jika ada)
  • Cap masa, jenis pelayar, dan alamat IP dalam bentuk hash (bukan IP mentah)

Kami tidak meminta dokumen, nombor kad pengenalan, atau nombor cukai melalui borang ini. Perkara itu dibincangkan secara terus semasa konsultasi.

Tujuan

Data ini digunakan untuk satu tujuan sahaja: menghubungi anda semula berkaitan pertanyaan yang anda hantar, dan memberi sebut harga jika berkaitan. Kami tidak menggunakannya untuk pemasaran pukal dan tidak menjualnya kepada sesiapa.

Siapa boleh akses

Hanya pasukan PatuhCukai yang mengendalikan kes anda. Setiap staf menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA). Data disimpan dalam pelayan kami sendiri, bukan pada platform pihak ketiga.

Satu-satunya pihak luar yang terlibat ialah gateway WhatsApp yang menghantar notifikasi lead baru kepada kami. Mesej itu mengandungi butiran yang anda isi dalam borang.

Tempoh simpanan

Rekod pertanyaan disimpan selama 24 bulan dari tarikh hantar, kemudian dipadam secara automatik. Jika anda menjadi klien, rekod perkhidmatan disimpan mengikut keperluan undang-undang cukai dan perakaunan yang berkaitan.

Hak anda

Anda boleh meminta salinan, pembetulan, atau pemadaman data anda pada bila-bila masa. Emel hq.absurus@gmail.com dengan nama dan no. WhatsApp yang anda gunakan dalam borang. Kami balas dalam tempoh 7 hari bekerja.

Dasar ini dikemas kini pada 6 September 2026. Jika ada perubahan besar, kami akan nyatakan di halaman ini.

Isi Borang